Monday 30 September 2013

Saturday 28 September 2013

Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 SBP 2014

Sila layari lama web Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membuat permohonan secara atas talian.
Permohonan dibuka dari 1 September 2013 hingga 15 oktober 2013

Friday 27 September 2013

Bengkel Pembinaan Laman Blog

Satu bengkel pembinaan laman blog kepada pelajar tahun 6 SK Kota Dalam akan diadakan pada 1 dan 2 Oktober 2013. Bengkel akan dikendalikan oleh En. Zainal Abidin Bin Sayadi dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Program akan berlangsung dari jam 7.30 pagi hingga 11.00 pagi.

Bengkel ini akan mendedahkan para pelajar dengan kemahiran asas pembinaan laman blog melalui aplikasi blogger yang boleh didapati secara percuma dari google.com


Peserta boleh melayari laman web berikut sebagai panduan mudah membina laman blog

eTraining Module: Basic Blogging


Kejohanan Sukan SK Kota Dalam....lagi gambar

Sumber gambar: Laman Facebook SK Kota Dalam













Sekitar Kejohanan Sukan SK Kota Dalam Kali ke 35 2013

 

Pada 26 September 2013 yang lalu telah berlangsung Kejohanan Sukan SK Kota Dalam kali ke 35. Walaupun cuaca agak mendung terutama di awal pagi, acara tetap dapat dijalankan dengan meriahnya.

Tahniah kepada warga kerja SKKD serta semua peserta yang terlibat dalam menjayakan kejohanan tersebut.

Berikut adalah beberapa rakaman yang sempat dibuat pada hari tersebut.









Blog Rasmi PIBG SK Kota Dalam

Assalamualaikum,
Selamat Datang kepada semua pembaca.

Buat pertama kalinya PIBG SK Kota Dalam berjaya menghasilkan sebuah blog bertujuan memberi maklumat terkini berkaitan aktiviti serta pengurusan PIBG.

In Sya Allah, PIBG SKKD akan cuba memberi yang terbaik.