Monday 20 January 2014

Borang Cadangan / Aduan

Tuan/Puan dijemput untuk memberi sebarang cadangan / aduan berkaitan SK Kota Dalam. Pihak PIBG dan sekolah sentiasa mengalu-alukan sebarang idea demi kemajuan anak-anak pelajar kita.

Tuan/Puan boleh:

  1.  datang terus ke sekolah dan berjumpa dengan pihak sekolah untuk membincangkan apa sahaja permasalahan atau cadangan yang ingin disampaikan. 
  2.  mengajukan cadangan atau aduan tuan melalui emel atau telefon pihak sekolah.
  3. berbincang dengan YDP atau mana-mana AJK PIBG.
  4. mengisi borang yang disediakan melalui atas talian



Tuesday 14 January 2014

Keputusan Kemasukan MRSM Tingkatan 1 2014

MAKLUMAT PERMOHONAN KEMASUKAN KE MAKTAB RENDAH SAINS MARA (MRSM) TINGKATAN 1 2014

1. Keputusan kemasukan pelajar ke MRSM boleh disemak secara online pada 15 Januari 2014. 

2. Tarikh pendaftaran masuk adalah pada 3 Februari 2014.

Sila layari www.mara.gov.my untuk maklumat lanjut.

Monday 13 January 2014

Salam Maulidur Rasul

Terkini!! Muat Turun Aplikasi Mobile Secara Percuma di Google Play

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Satu aplikasi mobile telah berjaya dibangunkan bertujuan memberi maklumat terkini kepada semua ahli PIBG SK Kota Dalam.

  Aplikasi tersebut mengandungi 4 menu utama:
1. Maklumat dari laman facebook PIBG SK Kota Dalam 
2. Maklumat dari blog PIBG SK Kota Dalam
3. Maklumat dari laman facebook SK Kota Dalam
4. Cadangan/Aduan

Pengguna boleh memuat turun aplikasi ini ke dalam telefon pintar anda secara percuma dari Google Play. Buat masa ini, aplikasi hanya boleh dimuat turun untuk telefon / tablet android sahaja.




Monday 30 September 2013

Saturday 28 September 2013

Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 SBP 2014

Sila layari lama web Kementerian Pendidikan Malaysia untuk membuat permohonan secara atas talian.
Permohonan dibuka dari 1 September 2013 hingga 15 oktober 2013